Ehem... Ehem.. dah lama tak
buat tutorial untuk blog.. kali ni nak
buat tutorial blog cara yang agak
advance sikit.. rasanya ni pertama kali kot orang
buat tutorial ni kot.. yer lah..
Cara buat Ikan Pekasam di blog lah katakan.. ekeke...
 |
| ikan bebas - ikan gelama recommended |
Pertama sekali mesti lah
Login ke
DashBoard
Dengan menggunakan
Edit Html (jangan lupa Expand)
Dah tu cuba cari (
Ctrl+F)
<data:post.body/>
Selepas tu
Paste kan Cara buat ikan pekasan ni selepas kod di atas.
 |
| Gaulkan dengan garam |
Kod Ikan pekasam seperti berikut :
1.
Mesti ada ikan. Biasanya orang buat ikan air tawar.Kalau nak buat ikan laut pun boleh. Dan ikan itu mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya.
Perut ikan mesti cuci sampai putih bersih. Ini nak mengelakkan ikan di hurung lalat.
2.
Garam.(garam kasar@ halus pun boleh)
Sukatan garam ni biasa orang buat, sekilo ikan seratus gram garam.Tapi aku bubuh tak ada sukat sukat.Ikut kata hati.
3.
Beras.
Beras ni di sanga(goreng tanpa guna minyak). Dah siap sanga tumbuk sampai sederhana lumat. Sukatan beras ni serius aku main belasah jer. Apa yang penting banyak la jugak.
4.
Asam jawa@asam keping.
Ada jugak orang yang tak letak asam jawa @asam keping ni. Sebabnya beras yang kita letak kat ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian.
Tapi aku letak.Aku suka letak asam keping berbanding asam jawa. Melalui pengalaman aku,asam jawa ni kelemahannya bila ikan ni kita goreng ia akan menyebabkan ikan di goreng menjadi hitam.
Langkah Langkah mudah.1.Setelah ikan siap di bersihkan, ,masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu.Simpan dalam peti ais .Pegi tidor.
2. Esok pagi dah siap tumbuk beras yang sudah di sanga tu dan gaul dengan ikan yang sudah di simpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik.Sebabnya nanti bila di goreng, beras ni la akan jadi serbuk pekasam tu.
 |
| beras di sanga sampai kekuningan.Lepas tu tumbuk sederhana halus |
3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas,Setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
4. Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam.
5. Kalau ada lagi saki baki beras goreng bertumbuk tadi, tuang dalam bekas.
6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.
Seminggu lepas tu try la masak ikan pekasam tadi.
 |
| Tutup kemas-kemas dan ketat-ketat supaya adik atau anak korang tak leh bukak. Kalau dia buat dah jadi satu kesusahan kat situ.. yer lah menyeluk pekasan biar sampai pangkal lengan kan? bekas tu kecik macam mana nak sampai kat lengan kan? So tutup lah ketat-ketat ye.. ekekeke... |
Ok!! kalau dah siap semua proses tu.. sila
preview dulu.. kalau tak ada error sila save. Selamat mencuba resepi
Cara Buat Ikan Pekasam Di blog..ekekeke...
Nota: jangan salahkan aku kalau lepas ni blog korang jadi giler akibat korang ikut tutorial ni... ekekekek...
Sumber gambar & dan cara buat pekasam yg sebenar
di sini