Terkini Di SilenceBlogz

Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

SUATU MASA - Episod 2

on 11.9.12 | 11:09 AM

→ SUATU MASA - Episod 2

Episod 1 : SUATU MASA

Sedutan episod 1 ......
Aida : Amy.. awak tak pergi melawat Syahir ke??

Aku ; Melawat Syahir?? melawat apa ni Aida ............??? (pertanyaan aku seolah-olah terkejut dengan soalan Aida itu..)

Jannah ; Tadi si Zul (Zul De Alexis) call dia cakap.....

Pertanyaan aku seolah-olah tergantung begitu sahaja.. bila aku cuba mereka seolah-olah merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan aku...

Aku ; Aida... Jannah... cuba terangkan apa sebenarnya yang berlaku?? (aku merapatkan kerusi dan cuba mendengarkannya apa yang dah berlaku pada Syahir.. satu persatu di terangkan kepada aku...) dalam hati aku terdetik satu ungkapan... siapa aku sebenarnya.. mengapa aku orang terakhir tahu..sedangkan setiap hari boleh di katakan aku bersamanya.. kemana saja ada aku di situ ada dia dan begitulah sebaliknya..
Tak mengapalah baru aku tahu siapa aku yang sebenarnya...

Kadang-kadang aku pasrah dengan kehendakNYA.. bertimpa-timpa yang aku rasai sejak akhir-akhir ni.. apa yang aku mampu cuma berserah sajalah...

"Ketawa bersama.. kuharap mati pun bersama" begitulah kekuatan jalinan persahabatan dalam diri aku ni... tapi... ahhh...!!! biarlah....
Aku pun berlalu setelah aku mendengar penjelasan daripada Aida dan Jannah itu tadi...

[Dalam situasi yang lain di suatu tempat]

Jeritan riuh rendah sana-sini.. kanak-kanak riang ria berlari kesana kemari... "Sayang... jangan main jauh-jauh..." kata seorang bapa (Phat) kepada anaknya...yang mana Phat bersama isteri kesayangannya sedang asyik memerhatikan anaknya bermain air di tepi pantai...

Kenapa ya.. makin hari aku rasa aku makin kehilangan..  kenapa?? kenapa??.... bentak hati aku.. aku berjalan melusuri pantai dengan deruman ombak lemah seakan memahami situasi aku ketika ini... seolah-olah kebahagiaan... kegembiraan... gurau senda... hilai tawa telah hilang dalam diri aku...

"Tergamak kau Baby.... merentap hati aku sebegini rasa... ada sahabat pun dah nak meninggalkan aku.. bukan nak bagitau aku pun..."

Esoknya aku ke rumah Syahir...  hoi !!! Syahir!!!... (yang mana ketika itu secara kebetulan berada di depan rumah bersama pakcik tua yang membawa kereta sewa parking di depan rumahnya)

Aku ; Tergamak ko buat aku macamni haa... ko ingat aku ni sape?... aku kawan ko...!! kawan ko lah..!! (sambil mengesat air mata yag bergenang dengan lengan baju..)

Syahir ; Maafkan aku Amy.. bukan aku tak nak bagitahu...cuma... aku tak sampai hati nak cakap kat ko.. aku tak sampai hati nak berpisah dengan ko.. aku tahu kalau aku bagitahu ko tak akan izinkan aku pergi...


Aku ; Tapi kita masih lagi boleh bawak bingcang.. tapi ko ego!! tak nak bagitahu aku.. aku pun bukanlah anak orang kaya Syahir.. aku pun orang susah.. tapi demi masa depan aku teruskan jugak!!
(ketika itu aku tak dapat menahan sebak sangat-sangat... dan ku lihat air mata syahir berlinangan membasahi pipinya..) dari kecil sampailah ke besar aku dan dia tak pernah berpisah.. kini kami terpaksa berpisah di atas kesempitan kewangan..

Kami berjabat tangan dan ku peluk erat sambil ku menepuk-nepuk bahunya..sambil menahan kesebakkan..
Tiba-tiba...aku terdengar satu deruman enjin yang pernah aku dengar sebelum ni... ermmm... kereta merah tu rupanya...

Aku ; Oklah Syahir.. aku paham situasi ni.. harap di kampung nanti ko tak lupakan aku.. rajin-rajinlah SMS..

Syahir ; Aku mintak maaf banyak-banyak.. kalau ada rezeki nanti aku nak sambung belajar balik.. boleh aku jumpa ko lagi..

Tiba-tiba terdengar satu suara.......

W o o o o i i i .......!!!!!!

Bersambung..

Siapakah dan apakah yang bakal berlaku? ikuti kisahnya di episod 3..

Nota : Cerita, nama dan watak adalah rekaan semata-mata.. maafkan aku kalau ada yang terasa terkilan, marah dan gembira dengan cerpen ini..cerita ini juga tidak ada kena mengena dengan aku.. ini cuma PROMOT BLOG semata-mata..jika perlu aku akan menyambung cerpen ni dengan jalan cerita yang sama dengan menambah watak-watak lain sebagai PROMOT blog-blog yang lain pulak.. tengok mood lah..
→ [Read More]

SUATU MASA - Review secara pukal

on 9.9.12 | 10:54 AM

→ SUATU MASA - Review secara pukal

Tatkala senja itu melabuhkan tirainya suatu masa aku masih di situ.. dan mungkin aku tetap di situ.. berjalan perlahan  ambil berkata indahnya ciptaan ilahi.. aku masih lagi mencari jawapan jalan dan hala tuju sebuah kehidupan yang pasti..
Di rumah pula seperti kebiasaannya menunaikan apa yang perlu sebagai tuntutan Ilahi.. kebiasaannya
aku tak kemana-mana bilamana malam menjelma.. aku  banyak menghabiskan masa dengan melukis di dalam kamarku..

"Amy... Amy..(Amy tu Potia la.. mesti jadi hero..) ko tak nak makan ke? nasi dah siap.. terpeleot terperok je engko ni dalam bilik..cepatlah adik-adik  dah tunggu nak dah ni.."

"Baiklah mak! (jawab aku dgn skema sekali) kejap ye mak sikit lagi.." jawap aku..

"Mak.. esok Amy rasa nak pakai duit sikit la.. nak bayar duit kelab.." duit yang ada ni tak cukup lah mak.."
Mak aku cuma terdiam je.. aku tahu mak tak lokek dalam hal anak-anak untuk belajar..

Di kolej seperti biasa sebelum ada kelas aku duduk-duduk di cafe dengan beg sandang kebiasaan aku
bawa tu lah..

Eh ! Boni (Boni Kacak).. engkau nampak Syahir (MkSyahir)? (tanya aku yang mana Boni secara kebetulan duduk di meja yang tidak jauh dari tempat ku..)
Boni kacak ; "hmm.. tak pulak aku nampak hari ni.. eh! bukan ke dia selalu datang dengan ko.."
Aku ; " pasal aku tak datang dengan dialah aku tanya ni.. hehehe.." eh ! mana awek ko?..
Boni Kacak ; "Dia gi perpustakaan cari bahan untuk Projek dia.. malas aku nak follow..eh! aku
caw dulu..sakit perut.."

Aku cuma tersenyum dan Boni terus berlalu...

Dalam pada aku tengah membelek-belek buku yang aku pegang aku di sapa oleh suara yg lemak manis lemak berkrim di sukai ramai..

Hai Amy... sorang je? Mana Syahir..??

Opocot!! ekekeke.. terkejut aku.. Kau Pira (Zafira Othman) ingat sape tadi..

Aku ; Tak tahulah aku.. mana Syahir ni.. dah lama gak aku tunggu tak ada pulak dia muncul-muncul..

Pira ; Ko tunggu Syahir ke tunggu Ehem..ehem...

Aku ; Ehem.. ehem tu Kambing ke arnab?

Aku bertanya kepada Pira sambil sulami dengan gurauan...sementara menanti masa untuk ke kelas.. kami berbual aku cuma minum teh tarik je.. tapi Pira macam biasalah.. tak leh berpisah dengan kacip fatimah dia tu.. kadang-kadang heran jugak aku.. ye lah.. dia kata kacip fatimah tu boleh kuruskan badan..

Aku cuba untuk bertanyakan sesuatu kepada Pira.. belum sempat aku tanya dia mencelah...

Pira ; hmm.. aku lupa.. budak yg ko suruh kirim salam semalam dia kirim salam...

Aku cuma tersenyum sambil berkata ye  lah tu...

Aku ; ko kirim salam betul-betul ke? ahahahhaha.. aku gurau je semalam...
Pira ; Ko ni ye..ye.. jek.. ke ko syok kat dia? hahaha baik ko cakap..ko suka Baby (babyaimacomel) ye?

Aku ; Alah ko ni aku gurau jek..tak terlintas pun.. lain lah dia.. ramai peminat..cantik pulak tu..
aku ni dah lah tak ensem..pakai kapcai buruk je..sape nak pandang..dia anak orang kaya la..

Pira ; Aiks!!! merendah diri lain macam je ni?? macam tacing je bunyinya...ke ko syok dia erk??

Aku ; Tak lah.. tak ad niat pun..saja je menyakat.. tapi ko pon apa kurangnya.. comel, badan pon langsing, tulang temulang jelas kelihatan... ekekekek...

Pira ; Aku hempok kang dengan tin kacip fatimah ni kang..

Aku ; Ah ! ko ni.. dah tak leh begurau dah ke? ke datang bulan? ekeke...

Setelah tamat sesi hari ni seperti kebiasaannya aku singgah dulu di cafe.. ye lah cafe dengan
parking motor tak jauh.. sedang aku minum-minum Baby melintas sambil melemparkan senyuman..
aku pun mengangkat cawan teh tarik sebagai isyarat pelawaan minum kepadanya..

Baby ; terima kasih.. lain kali lah..saya nak cepat ni..

Aku ; awak dah nak balik dah ke?

Baby ; a'ah.. ok saya balik dulu..

Baby berlalu dari cafe dan menuju ke pintu pagar kolej..aku cuma tersenyum tanda ucapan "Ok bye"

Aku ; Kak Zaimah (PariPariputih) ooo.. kak Zaimah.. kira ni.. teh tarik pastu kueh sebijik semalam lupa bayar..hehe..(ingat tak nak bayar kang haram pulak...)

Kak Imah ; Singgit  5 kupang!!.. cepat pulak ko nak balik hari ni..

Aku ; ada hal sikit la kak..

Kebiasaannya aku lepak kat cafe tu berjam-jam.. yer lah Wifi free.. aku bergegas ke parking motor
dengan harapan boleh aku tumpangkan dia kejap lagi..

aku pun berlalu dan berhenti  di pintu pagar yang mana perhentian bas ada di situ.. aku lihat
Baby masih di situ.. detik hati ku mungkin lambat kot driver ayah dia datang..

Aku ; Baby kalau sudi saya boleh hantarkan awak.. tu pun kalau awak sudi..

Baby cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa.. antara segan dan malu aku juga tersenyum menanti
apakah perlawaan aku di terima..

Tiba-tiba berhenti sebuah kereta spot merah.. owh.. si Korn (Arjuna Pop KoRn-student senior) rupanya..
Korn ; Baby jom wayang dah nak start dah ni jap lagi..

Ferrari KorN - ehsan google
Baby pon terus masuk ke dalam kereta yang pintunya di buka oleh Korn.. semasa Korn menutup
pintu keretanya untuk Baby sempat Korn menoleh kepadaku dengan tersenyum sinis.. aku cuma mengangkat tangan sahaja..

Dalam hati aku "mungkin orang kaya perangai dia macamni kot.." aku pon beredar dari situ dengan hati yang agak dan seolah-olah kecewa...

Di rumah aku menyambung lukisan yang aku lukis tak siap-siap tu.. ada ketikanya aku cuma termenung sendirian..

Sebetulnya aku mengenali Baby sudah lama.. dari zaman sekolah menengah lagi.. kami bagai tak dapat dipisahkan Aku bahgia mengenali seorang insan sepertinya.. tetapi sejak dia mengenali Korn segalanya berubah..aku tak lagi di layan seperti dulu lagi.. kalau dulu akulah tempat dia mengadu.. manangis suka duka kami kongsikan bersama...

hurmmm... anak sungai kan berubah ini pula hati orang.. kadangkala aku agak terkilan kerana aku seolah-olah kegembiraan aku di ragut masa.. bagaikan pelangi petang yang indah.. tapi yang pastinya kau pergi jua...

Patutlah si Pira bagai merahsiakan sesuatu daripada aku..rupanya dia lebih mengetahui daripada aku..
Keesokannya di cafe..

Kak Imah ;Tak payahlah ko tunggu apa yang tak pasti Amy..

Aku ; eh!! Kak Imah.. tunggu apa ni?

Kak imah ; tak payah lah ko buat-buat tanya kat akak.. semua gelagat pelajar kat sini akak dapat baca..
lagi-lagi ko yang hari-hari ada kat sini.. akak tahu apa yang ada kat dalam hati ko tu..

Aku ; Eh! mana ada..saya biasa je.. macamni lah saya tiap-tiap hari pun..

Kak Imah ; Tak payah lah nak tipu diri sendiri..tak elok..ko kat sini hari-hari sebab nak tunggu dia kan??
walaupon tak tegur dia ko tengok dia pon dah cukup kan?.. jangan nak tipu akak la..

Aku ; hehehe.. tahlah kak.. saya mengaku apa yang akak cakapkan tu ada betulnya.. orang dah berubah kak..

Kak imah ; haa.. kan akak dah cakap.. akak tau ni pun Syahir kawan baik ko tu yang bagitau sikit-sikit kat akak.. akak bukan apa..akak dah anggap ko tu macam adik akak sendiri.. akak kesian tiap-tiap hari ko tunggu dia kat sini..

Aku ; terima kasih kak kerana memahami..sebenarnya kami dah kenal lama.. dari kecik sampai sekolh menengah kami tak pernah berpisah.. tapi bila kat sini dia dah makin jauh dari dari saya..baru semalam saya tau kenapa dia jadi macamtu..
saya tak taruh harapan tinggi kak..saya masih berpijak di bumi yang nyata.. saya kenal siapa saya.. saya bukannya datang dari keluarga yang senang.. tak macam keluarga dia.. pipit takkan terbang dengan enggang..

Kak imah ; akak paham apa yang kau maksudkan..

Masa aku khusyok bebual dengan Kak imah.. "Assalamualaikum....."

Kami : Waalaikumussalam..

Aku ; Eh! Aida (Aida Omar)..Jannah (Razanah Anis) pun ada.. lama tak nampak.. busy sangat ke? (sementara itu kak imah bangun dan masuk ke dapur sambil mengangkat cawan-cawan di meja sebelah)

Aida : Amy.. awak tak pergi melawat Syahir ke??

Aku ; Melawat Syahir?? melawat apa ni Aida ............???
(pertanyaan aku seolah-olah terkejut dengan soalan Aida itu..)

Jannah ; Tadi si Zul (Zul De Alexis) call dia cakap.....


Bersambung..

*Apakah? terjadi pada Syahir? ikuti episop akan datang di pawagan pulak... ekeke...
Nota : Cerita, nama dan watak adalah rekaan semata-mata.. maafkan aku kalau ada yang terasa terkilan, marah dan gembira dengan cerpen ini..cerita ini juga tidak ada kena mengena dengan aku.. ini cuma PROMOT BLOG semata-mata..jika perlu aku akan menyambung cerpen ni dengan jalan cerita yang sama dengan menambah watak-watak lain sebagai PROMOT blog-blog yang lain pulak.. tengok mood lah..
→ [Read More]

SAYA SAYANG IBU SANGAT-SANGAT

on 2.9.12 | 2:11 AM

→ SAYA SAYANG IBU SANGAT-SANGAT

Salam semua.. jom baca ni sampi habis.. mana-mana blog aku mesti ada cerita ni.. aku suka jalan cerita dia.. kalau di amati terharu betul..pasti boleh menitiskan air mata.. ikuti kisah "Apa itu Family"
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan.”Oh maafkan saya, saya tak perasan” Katanya.. “Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara” Kami amat bersopan dan saling menghormati. Kami saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya, lewat petang, ketika memasak makan malam, Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam..Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”.

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik,”Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,”Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,”Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”. ”Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu. Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,


Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,”Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil” 

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak” “Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,”Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu, 

{FAMILY} 

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu?Jadi apakah maksud yang tersirat? Tahukah anda makna FAMILY”?

FAMILY= (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
HARGAILAH KELUARGA ANDA

*Repost  entry
→ [Read More]

Kisah sayu Family (sedih)

on 4.2.12 | 3:06 AM

→ Kisah sayu Family (sedih)

Salam semua.. jom baca ni sampi habis.. mana-mana blog aku mesti ada cerita ni.. aku suka jalan cerita dia.. kalau di amati terharu betul.. ikuti kisah "Apa itu Family"

family
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
”Oh maafkan saya, saya tak perasan” Katanya.. “Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara” Kami amat bersopan dan saling menghormati. Kami saling melambai sambil berlalu pergi, Tetapi di rumah lain pula ceritanya, lewat petang, ketika memasak makan malam, Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam..Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”,Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik,”Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,”Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,”Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,”Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,Airmataku mencurah ibarat air di kali,Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,”Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil” “Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak” “Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,”Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu, {FAMILY} Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu?Jadi apakah maksud yang tersirat? Tahukah anda makna “FAMILY”?
FAMILY= (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
HARGAILAH KELUARGA ANDA
→ [Read More]

Account Temporarily Unavailable - Facebook

on 28.1.12 | 11:17 PM

→ Account Temporarily Unavailable - Facebook

Harap maaf semua.. tak tahu sampai bila benda ni akan stop kan akaun facebook aku.. sedih gak la tak dapat nak masuk facebook lagi.. dah SMS Mark Zuckerberg masa tu dia tengah tido.. pastu dia jawab.

"Your account is currently unavailable due to a site issue. We expect this to be resolved shortly. Please try again in a few hours."


Facebook Will Be Back Soon

Facebook is down for required maintenance right now, but you should be able to get back on within a few hours. In the meantime, read more about why you're seeing this message. Thanks for your patience as we improve the site.

Aku tak percaya dia lagi pasni...aku rasa dia tipu aku..


Ni gambar Mamat tu :
Facebook - Mark Zuckerberg

Apa lagi aku terus hangin dengan dia... sampai sekarang aku tak dapat Bermuka Buku lagi...
Jap ye aku nak masuk bilik nak nangis jap... korang jalan-jalan la kat sini dulu sementara aku habis nangis...
uwaaaa..........uwaaa........

p/s : Hidupku pasti sunyi lepas ni...
→ [Read More]

Benarkah Wanita Cantik untuk Lelaki Kacak

on 25.1.12 | 5:04 AM

→ Benarkah Wanita Cantik untuk Lelaki Kacak

Betul ke ada orang kata wanita yang cantik untuk lelaki yang kacak serta berduit sahaja. Tapi ada juga aku tengok lelaki yang kalau nak di bandingkan dengan itik serati hensome lagi itik tu. Hahaha...Tapi aku kurang setuju lah pasal kenyataan di atas. Pasal manusia ni ada yang menilai pada hati budi, pepatah ada mengatakan tak kenal maka tak cinta, tapi kalau dah tak cantik atau tak kacak nak berkenalan dengan orang yang cantik atau kacak ni serba salah je.Manalah tahu diorang tak nak layan pulak. Lain pulak kalau tak kacak tapi bawa motor kuasa tinggi (motor besor) atau kereta besar-besar macam Man keteMohdhazlan Dreadlock tu. Semua orang pandang je. Tak kacak pun tak apa janji kaya. "eh ! aku tak kata  Man keteMohdhazlan Dreadlock tu tak kacak pun" itu perumpamaan je. Kalau lah wanita cantik macam... macam... macam sape erk? macam dia ni kot Tirah, D'nur Suffia Shopalista, Adila Saddam, atau macam Aidanatasya kot..lain lah semua orang pandang je..
Cantik VS Kacak

Tapi apa yang aku nak cerita bukan pasal kenyataan kat atas.. tu hanya mukadimah semata-mata.. kalau ada nama kawan-kawan yg tak disebut jangan berkecil hati pulak.. nantikan di episod akan datang...

Kesimpulannya pada cerita ni adalah seperti di bawah;

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelakiyang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

ehsan google.com
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”

Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal isteriku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..
iloveislam.com
→ [Read More]

Tertukar hadiah yang tak patut terjadi (sensor)

on 20.1.12 | 3:11 AM

→ Tertukar hadiah yang tak patut terjadi (sensor)

Hadiah dari : Google.com
Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat.
Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik Hasan Jendul!.
Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.
(Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie);
Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat.
Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je.
Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San. San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu.
Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu,

Hasan Jendul


P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.

→ [Read More]
PERINGATAN: Silenceblogz mengingatkan Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah datangnya dari idea penulis blog ini sendiri tidak ada kena mengena dengan pihak lain kecuali artikel berunsurkan Ilmu, Info, Perkongsian cerita/cerpen, berita semasa serta live streaming dan lain-lain di kongsikan daripada blog-blog lain, google, yahoo dan sumber-sumber lain. Apa yg terkandung di dalam blog ini anda di benarkan bebas menyalinnya dan mestilah di kreditkan ke blog ini kembali. Penulis juga tidak bertanggungjawab di atas keraguan, kekeliruan serta kerugian mahupun kerosakkan yang berlaku selepas melayari blog ini. Komen-komen yang terdapat di blog ini diatas tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.