24.6.13

Index Pencemaran Udara (IPU) dan Bacaan

Index Pencemaran Udara (IPU) dan Bacaan

Rata-rata bercerita mengenai permasalahan Jerebu dan penutupan sekolah-sekolah di kawasan yang mencatatkan Index Pencemara Udara (IPU) yang pad pasara sederhana sehingga berbahaya. Di Muar, Johor telah di takrifkan sebagai kecemasan pagi ini dengan bacaan IPU 746. Bacaan ini di anggap teruk dan dalam keadaan kritikal bagi kompilasi kesihatan bagi penduduk setempat.

Terdahulu pada tahun 1997 Sarawak mencatatkan IPU tertinggi dengan bacaan 800 dan sekali gus di isytiharkan sebagai darurat selama seminggu. Manakala pada tahun 2005 darurat juga di isytiharkan di Selangor dan Perlabuhan Klang masing mencatatkan 531 dan 539 bacaan IPU.

Bagaimana statistik ini dikira? dengan merujuk laman Jabatan Alam Sekitar anda dapat memahami bagaimana status Index pencemaran udara di labelkan. Contoh pengiraan adalah seperti berikut

APA YANG TERKANDUNG DALAM INDEX PENCEMARAN UDARA?
Faktor bahan pencemaran udara yang diambilkira dalam pengiraan IPU Malaysia adalah ozon (O3), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2) dan habuk alus (PM10)
Index Pencemaran Udara (IPU) dan Bacaan
print screen dari - www.statistics.gov.my

6 Komen:

kat PJ ni walaupun tahap tak berbahya tpi tak nampak dah bangunan yg jarak dia lebih dari 500 mtr =='

Seri Manjung hari ni sgt teruk. dari pagi membawa ke petang. jarak penglihatan pemanduan hanya 100m. dan saya dah mula terkena serangan. owh, harap2 okey..

kat kelate pun makin teruk ni,, uwaaa.. moga ALLAH turunkan hujan secepatnya,, amiin

kat tempat aiza di kajang pun teruk juga hari ni.. tekak dah mula sakit..

Yup... dengar kata skang angin dah mula beralih ke utara.... harap org kampung semua ok.. :(

dah hujan td dgn angin yg kencang jerebu dah hilang kot