Headline News

SELAMAT HARI LAHIR POTIA CASADELAROSSA

on 4.9.12 | 1:30 AM
Hari ini 04 September 2012 adalah hari paling bermakna bagi aku.. Hari ni adalah hari keramat bagi aku. Tepat jam 12.30 tengahari pada hari Jumaat lahirlah seorang lelaki yang ensem lagi kacak, lemak berkrim, disukai ramai...ekekek.. yang bernama Amy [bukan nama sebenar] ..
Kesorangan di malam ulang tahun kelahiran
Selamat hari lahir Potia Casadelarossa.. macam mana hepy tak hari ni? jawapannya: "macam biasa je"  tak ada lagi yg teristimewa bagi aku dalam hidup aku sekarang ni. Seolah semuanya di ragut dan di telan zaman..
banyak kisah silam yang tak terungkap dalam penulisan ni.. apa yang ada dalam dunia aku hanyalah kerja dan kehidupan yang bahagia di alam maya ni..
Best kan kalau ingat semula kisah lampau dulu-dulu.. kadang boleh buat kita mengalirkan air mata dalam senyuman.. ekeke lawak.. sedih...gembira semuanya ada.. Tak sangka aku masih mampu menghirup nafas lega kurniaan Ilahi di dunia ni lagi.. banyak perit maung yang terpaksa aku tempuh sehingga ke sekarang ni.

Terima kasih semua sahabat-sahabat aku kat blog-blog.. Fb.. korang memang banyak membantu aku.. banyak memberi nasihat.. datang dan pergi korang tetap aku akan kenang sampai bila-bila. Nilah buat aku terus sayang kat korang semua.. Hari ni hari ulang tahun kelahiran aku.. aku tidak berkehendakkan apa-apa hadiah.. cuma yang aku harapkan  cuma persahabatan ni terus ytuh dan kekal sampai bila-bila.. biar pun sudah berkahwin dan beranak binak.. tetapi kalau tepaksa korang buat haluan sendiri apa lagi yang boleh aku buat lagi.. sayangkan kalau persahabatan yang ada hilang di telan zaman...

[Slowkan mood korang sekejap..]

Kenapa aku buat entry macam ni? ni entry aku paling panjang aku taip.. mungkin ni kot cara aku.. aku tau tak semua sudi membacanya sampai habiskan? yang komen kat bawah ni pun belum tentu baca sampai habis.. tapi tak mengapa aku paham.. artikel yang peribadi jarang-jarang ada orang nak baca..
tapi ni cara aku.. dunia aku untuk aku luahkan isi hati aku..

[Flashback]

Lewat1970an [masa zaman seluar ketat tgh top tp aku kecik lg.] aku dilahirkan di Kelantan. pada seusia 1 bulan family aku berpindah di Pahang dan di situlah aku membesar.. dan sekarang aku menetap di Kuala Lumpur..

Aku bukanlah datangnya di kalangan orang yang berada.. keluarga aku orang susah.. aku ada 8 orang adik beradik.. kesemuanya lelaki dan cuma seorang je perempuan.. Sedih aku kalau teringat zaman sekolah dulu-dulu.. tiap-tiap hari masa bersekolah rendah aku terpaksa berjalan kaki hampir 7 kilometer
untuk kesekolah.. sedangkan kawan-kawan yang lain semuanya berbasikal.. setelah subuh dalam keadaan gelap lagi aku dan mula berjalan kaki dengan abg aku ke sekolah.. mak aku bekalkan aku cuma 20sen setiap hari.. bila ingatkan balik sedihnya aku masa tu.. time rehat aku cuma rehat sorang-sorang di tepi longkang belakan kantin.. hahaha.. aku tak ada kawan sebab aku ni jenis yang pendiam yang teramat lah sangat.. dengan 20sen tu aku beli sebiji kueh.. dan aku cuma minum air paip kat surau sekolah..sedih sangat kalau ingat time tu..mesti korang tak percaya kan? terpulanglah.. tu sekolah rendah..

Sekolah menengah? perghh.. 16km dari rumah aku.. jauh sangat.. kali ni aku naik bas jam 5.30pagi.. kalau lambat aku kenalah tumpang lori ayam.. atau lori balak yang lalu lalang kat jalan raya tu.. kadang-kadang aku tak gi sekolah... mungkin sebab bas terlalu awal sangat.. nak ke tempat tunggu bas tu jauh jugak 1.5km.

Aku rasa aku banyak ketinggalan.. mungkin mak ayah aku terpaksa menanggung banyak benda-benda lain.. aku tak dapat nak miliki apa-apa yang aku nak dan aku cuma pendamkan je..

Boleh dikatakan setiap hari bila ada kat rumah aku tak pernah bercakap.. aku cuma duduk dalam bilik sorang-sorang dan kunci pintu aku buat kerja sekolah sambil menangis.. aku tau mak aku tahu aku tengah menangis tiap-tiap hari lepas balik dari sekolah.. masa tu aku sekolah menengah bila ada kelas tambahan bas yang datang ambil budak-sekolah tak akan tunggu.. nak ponteng kelas tambahan nanti kena rotan dek cikgu.. maka aku terpaksa berjalan kaki lebih kurang 17km 3kali seminggu.. pukul 5pm balik pukul 8pm baru aku sampai rumah.. sape yang tak menangis kalau korang ada dalam situasi aku ni.

Hahahah... lawak tol lah kalau ingat kisah dulu-dulu...manja betul aku time tu.. sampaikan mak aku kata aku ni macam anak dara sebab dok dalam bilik lama-lama.. wal hal aku saja yang tahu kenapa aku buat macam tu..

[mesin masa - jump to 2012]

Pada ?? Febuari 2012 aku aku disahkan mengidap ****** tak pelah aku redha..apa boleh buat dah ketentuannya.. Seolah-olah sudah tertulis.. 13 Mac 2012 aku dah berjaya menjalani pembedahan tu.. syukur aku selamat dan makin sihat.. tak dapat nak join Gath GBS 17 Mac 21012 tu.. Rambut pun dah mula tumbuh daripada keguguran kesan daripada kimotrapi

2 tahun lepas aku kehilangan orang tersayang [tunang] kerana penyakit yang sama.. sejak daripada tu kehidupan aku dah tak seperti orang lain.. aku rasa kehidupan aku penuh dengan kesedihan..menyelubungi sepanjang hari-hari aku.. sampai sekarang aku masih lagi terasa kehilangan sehinggakan aku tak pernah belum lagi dibukakan hati pada sesapa pun..ni antara ayat terakhir dia masa tu.. hmmm.. hati aku tersentuh lagi bila nak buat entry macam ni..

[beberapa jam sebelum operation]


Aku ada bersama dia sepanjang hari kat hospital.. sampaikan kena halau dek guard hospital sebab melawat lebih masa.. aku paham tu keje dia..Banyak benda yang kami bualkan..
Dalam kenangan
"awak saya tanya boleh?.."
 

"saya sayang awak.."
 

"awak jangan lah sedih kalau saya dah tak ada nanti ye sayang..."
 [time dia tanya tu aku macam tersentap sikit seolah dia tau dia akan pergi.. aku cuma mampu mengalirkan air mata tanpa tangisan..]


"awak akan dapat yang lebih baik daripada saya.."
 [aku dipujuk oleh ibunya supaya bawa bersabar walaupun aku tahu kesebakkan ibunya dan seluruh keluarga dia time tu...]
aku cuma diam membisu je..semoga awak damai disana..

[Selepas pemergiaannya]

Perghh.. 2 minggu aku tak muncul-muncul kat ofis.. semua dok cari aku..  aku rindu sangat-sangat kat dia.. tiap-tiap hari aku pergi kubur dia sedekah sebaris dua ayat je.. sebab aku lebih banyak mengalirkan air mata sepanjang masa setelah pemergiaannya.. walau apa-apa pun Kurelakan pemergiannya.. .raya yang lepas aku tak kemana-mana pun.. lepas sembahyang sunat Aidilfitri aku terus ke kubur sebelum family dia pergi.. sebab aku tak nak perkara yang sama berlaku bila aku di kubur nanti..
Hari raya aku banyak habiskan masa sorang-sorang kat tepi pantai.. boleh dikatakan sepanjang hari aku habiskan masa di sana.. tengok budak-budak main layang-layang.. tengok orang-orang berkelah.. seronok tengok diorang.. sedangkan aku cuma habiskan masa di dalam kereta memerhatikan gelagat orang-orang kat situ..paling tidak pun aku aku lepak duduk atas batu sambil memandang jauh ke laut.. perghh.. macam dalam drama kat TV pulak aku rasa..
[sambil kesat air mata]

[kembali ke cerita asal]

Hari ni 04 september walaupun hari lahir aku.. aku tak hepy pon..aku rasa sama je macam hari-hari lain..sebab tiap kali hari lahir aku dia akan buat kejutan kat aku walaupun aku tak terkejut pun.. dah boleh agak apa yang dia nak buat.. dialah juga orang pertama yang raikan hari lahir aku.. dan raya ni adalah
hari raya yang paling memboringkan mungkin kerana dia dah tiada atau aku dah terlalu dewasa.. tak macam zaman kanak-kanak dulu.. kalau raya mesti cari buluh buat pelita.. orang buat pelita aku pun buat pelita..tapi tak pasang pon sebab tak ada duit nak beli minyak tanah time tu.. nak minta duit kat mak??
ahh.. memang aku tak akan mintak..itu jenis akulah.. tak suka nak meminta-minta.. sebab walaupun aku masih kecik lagi tapi aku memahami aku orang susah..dan aku tak suka nak menyusahkan lagi.. aku kumpul duit sekolah untuk beli apa je yang aku nak..

Kini aku tak macam dulu lagi.. aku dah berubah.. aku kalau balik kampung mesti mak raikan aku.. dia akan masak makanan yang aku suka je.. keluarga aku tak macam dulu lagi.. Alhamdulillah semua adik beradik dah besar-besar dan ada yang dah berkahwin.. dah kerja masing-masing.. ada jadi askar.. polis.. pegawai [pergi lambat balik awai] hahah... cuma sorang jek yang sekolah lagi..best betul kalau time raya..raya kat rumah semua cuti sampaikan dekat 12 buah kereta parking depan rumah.. berselerak.. car porch ada 3 jek..masing-berebut.. sape cepat dia dapat.. hahaha.. gelagat kitorang macam budak-budak je.. tapi hepi.. time malam-malam kecoh dengan suara anak-anak buah ni.. main bunga api..lari sana sini.. kitorang pulak buat BBQ depan rumah  tepi kolam ikan dekat bangsal yang ayah aku buat.. yang best kitorang tak tidur dalam rumah pun..padahal rumah kitorang ada 7 bilik tak termasuk homestay kat sebelah rumah.. kitorang pasang khemah kat halaman rumah.. siap buat ungun api lagi.. menggeleng kepala ayah aku tengok gelagat
anak dia masing-masing.. Sedangkan mak aku hanya tersenyum hepi..macam pergi kem kat hutan je time tu.. yerlah rumah aku pun dekat tepi hutan dekat gunung.. kira di penghujung lingkaran gunung tahan jugaklah..

Tapi raya ni semua tu dah tak ada.. suasana tu dah makin hilang.. masing-masing sibuk dengan tugasan dan ada keluarga masing-masing.. Kalaulah dapat macam dulu-dulu lagi kan best.. Semuanya dah di telan zaman.. Aku harap suasana tu akan datang lagi suatu hari nanti jika dipanjangkan umur..Raya lepas aku balik ke Terengganu rumah makcik aku..lagipun aku dengar ayah dia tak sihat..

[Ending..]

Malaysia dah berubah.. Malaysia dah maju..Sekarang ni kalau aku nak balik kampung aku kena buat appoinment dulu.. hahaha... mak ayah aku ni tak habis-habis round the world.. makan angin saje.. bulan 3 lepas gi umrah..pergi Langkawi.. raya haji nanti pergi Kemboja pulak katanya buat majlis korban
kat sana..katanya ada majlis korban dengan orang-orang kampung kat sana.. tak habis-habis gi dating tinggalkan anak-anak..pelik aku aku dengan diorang ni.. tak tau lah aku nak beraya kat mana nanti.. dahlah aku cuti lama time tu.. jawabnya aku makan tido je lah kat KL raya haji ni..

Perghh.. melalut tahap gaban plak aku ni... korang nak tau kenapa jadi macam ni? sebab broadband dah expired.. tak leh online.. so aku guna notepad taip benda ni sementara menanti mata ni mengantuk dan menghilangkan rasa bosan..tapi tak jugak mengantuk..

Dah dekat 12 tahun dah memang aku tak leh tidur malam..sebab tu aku selalu online belah malam.. pagi-pagi buta 3, 4 pagi.. kul 7 pagi baru aku boleh tidur.. dah tak ada ubat dah.. parah aku ni.. doktor bagi ubat tido pun aku telan tak jugak tido-tido pun... nasiblah aku tak perlu kepejabat macam orang lain.. i love you bos... ekekek... aku pun bos gak sebab aku tak kena masuk opis tapi bos aku kena masuk opis..padam muka bos..ekeke... sebab tu aku boleh tidur siang.. bestkan kerja aku.. bos kata buat lah apa ko nak buat..asalkan jangan berhenti keje.. datang ke tak nak datang opis tu ko punya pasal janji keje ko sebulan sampai kat meja aku..
kenapa bos kata kat aku macam tu? hahah.. aku ni ha demand sangat.. aku letak surat letak jawatan kat atas meja dia.. gara-gara aku merajuk dengan bos yang lagi satu. opss... terlebih sudaa...
Oklah..dah pukul 10 pagi rupanya.. ni time aku tido ni... aku nak tido sekarang.. sampai masa jumpa lagi... thanks pada semua yang wishes my birthday.. eh!! lupa nak bagitau.. jangan meluat lah.. sebab entry ni panjang sangat.. memang macamni lah kalau birthday aku jadi giler  dan sengal serta senget sikit..
apakah?? ekeke..

Terima Kasih semua.. aku sayang korang sangat-sangat.. rasa nak peluk sorang-sorang.. sudi-sudikanlah datang sini selalu.. mana tau kot-kot aku terasa nak sumbat korang dalam blog of the week nanti.. Last sekali maafkan aku banyak-banyak kalau selama ni aku ada buat kesalahan dan mungkin ada membuat
korang tersinggung semasa aku berblog atau ber FB.. maafkan aku ok.. korang semua memang sahabat terbaik pernah aku ada... semoga Ukhwah ini menjadi satu kenangan yang terindah bila kita dah menjadi datuk kepada cucu-cucu kita nanti..30 tahun nanti cuba baca balik mesti kita akan tersenyum lega
sebab kenangan tu ada tertulis kat sini dan di entry-entry yang lepas..

"Ya Allah ya tuhan ku, sempena hari ni hari lahir ku, Ku bermohon padaMu ya Allah.. Kau berikanlah hidayah pada ku dan semua sahabat-sahabat Ya Allah.bukakanlah pintu hati Kami supaya setia menghambakan diri padaMu ya Allah..Kau peliharakanlah jalinan persahabatan kami ini Ya Allah.. permudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan juga di akhirat... Amin... Ya robbalalamin..."

Sekian terima kasih pada semua yag sudi membaca sehingga habis....


→ Terima kasih kerana membaca artikel ;
SELAMAT HARI LAHIR POTIA CASADELAROSSA
Artikel : SELAMAT HARI LAHIR POTIA CASADELAROSSA
Link artikel : http://www.silenceblogz.com/2012/09/selamat-hari-lahir-potia-casadelarossa.html
Anda suka dengan artikel SELAMAT HARI LAHIR POTIA CASADELAROSSA ini?,Sila salin dan link kan semula ke blog ini dengan menyalin kod di bawah.

URL Artikel:

Paste HTML kod ini di Blog anda:

Share this article :

Ada 65 Komen → SELAMAT HARI LAHIR POTIA CASADELAROSSA