![]() |
| Minat aku pada lakonan beliau |
KUALA LUMPUR – Setelah industri hiburan negara kehilangan seorang penyanyi berbakat, Izwan Pilus semalam, kecoh pula di blog-blog hiburan yang menafikan tentang khabar angin yang menyatakan kononnya seniwati terkenal, Azean Irdawatyjuga meninggal dunia.
Menurut lama blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, penyebaran maklumat palsu tersebut dikesan melalui laman sosial Twitter oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kemudiannya, khabar tersebut telah di’retweet’ oleh artis Farahwahida yang menafikan dakwaan liar itu sekaligus mempertikaikan kesahihan berita tersebut. Rotikaya.com turut memaklumkan bahawa wartawan Melodi di TV3, Zuan, baru sahaja selesai berbual dengan Azean Irdawaty menerusi telefon dan sekaligus menafikan dakwaan di Twitter itu.
“Wartawan TV3 untuk rancangan sensasi Melodi, Zuan baru sahaja berbual bersama Azean Irdawaty menerusi telefon dan ini mengesahkan lagi segala kenyataan yang keluar di Twitter hanya’lah khabar angin,” kata pemilik blog hiburan itu.
Mungkin enggan membiarkan spekulasi tersebut berlegar sehingga menimbulkan fitnah dan mengelak timbul spekulasi lebih buruk, laman blog hiburan terkenal, Beatifulnara.com dan MediaMalaya.com turut menyatakan kepalsuan berita tersebut di blog masing-masing.
Dikuatkan lagi dengan kenyataan seniwati ‘airmata’ itu melalui lama Twitter milik anak perempuannya, Elza Irdalynna, yang menjelaskan beliau sihat dan sedang belajar berjalan kembali.
A’kum, TQ All for ur concern re false news. I forgive & pray God bless d person responsible. Am well & learning to walk now – Azean Irdawaty,” kata Azean yang dipetik dari laman Twitter anaknya itu. Selain itu, Elza sempat merakam dan memuat naikkan gambar ibunya yang kini menjalani rawatan terapi sambil beraksi tersenyum sambil memegang sebiji buah limau.Sumber : Klik sini
Nota : Kenapa perlu ada kontroversi macam ni. Seolah-olah ada manusia jahat dan berhati busuk yang nak orang meniggal ke? Banyak kes-kes artis Malaysia yang baru je sakit dan masuk Hospital di katakan sudah meniggal dunia. Busuk hati betul orang-orang yang tak ada perasaan macam ni. Sepatutnya kita sesama insan mendoakan kesejahteraan sesama kita, tak kiralah samada dia tu artis atau bukan artis. Mendoakan yang baik-baik tu kan di tuntut. Dapat juga PAHALA atas angin. Tapi manusia yg macam ni dapat DOSA DOWNLINE free.. ni lah mainan media elektronik yang nak raih traffik busuk hati. Saya tetap mendoakan Seniwati ini moga beliau cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Wallahualam...
→ Terima kasih kerana membaca artikel ;









Ada 11 Komen → Azean Irdawaty Tidak Meninggal - Khabar Angin Palsu
Post a Comment