11.7.15

Fakta Tentang Pepatung Atau Dragonfly

Fakta Tentang Pepatung Atau Dragonfly | Kali ini SB ingin kongsikan fakta mengenai serangga yang seringkali kita lihat yang mana kita hanya mengenalinya sebagai pepatung.

Pepatong juga ada yang menggelarkannya "tuyuk" (segelintir bahagian pantai timur). Minat SB dalam photography (fotografi) tidak boleh lari jika tidak merakamkan apa saja yang melintas di depan mata bilamana ada sesuatu yang boleh di abadikan dalam bentuk visual. Tidak kiralah samada di daratan mahupun yang berterbangan atau yang bertebaran di ruang angkasa (bulan & bintang).

Fakta Pepatung Dragonfly
Pepatung gemar hinggap di hujung-hujung ranting, daun, pucuk-pucuk tumbuhan dan pada bunga rumput dalam keadaan statik.

Kenali Pepatung atau Dragonfly

Pepatung atau nama rasminya Dragonfly (universal) adalah serangga pemangsa yang besar biasanya ditemui di sekitar kawasan berair. Pepatung hampir sama dengan Damselfly tetapi sayap pada Pepatung dewasa adalah jauh berbeza. Manakala Damselfly mempunyai ruba bentuk badan lebih tirus seperti jarum.

Damselfly, Pepatung atau Dragonfly
Damselfly bentuknya lebih kecil dan tirus berbanding Pepatung atau Dragonfly

Habitat Pepatung atau Dragonfly

Pepatung ini didapati berlegar berhampiran tasik dan paya sebagai larva pepatung itu (peri / bayi) adalah akuatik. Pepatung peringkat larva mampu menghasilkan gigitan yang pedih jika terkena gigitannya manakala pepatung dewasa tidak menimbulkan ancaman kepada manusia. Pepatung terkenal dengan warna yang indah pada badan dan sayapnya yang berkilau apabila pepatung itu terbang di sekitar air.

Rupa Bentuk Pepatung atau Dragonfly

Pepatung atau Dragonfly mempunyai bentuk badan yang tirus panjang, badan nipis dan biasanya berwarna-warni, mata besar dan dua pasang sayap telus atau lutsinar. Seperti spesis serangga lain, pepatung juga mempunyai enam kaki tetapi ia tidak dapat berjalan di atas tanah. Dalam penerbangan pepatung dewasa ianya boleh melonjak dalam enam arah iaitu ke atas, ke bawah, ke hadapan, belakang, dan sisi ke sisi.

Tahukah Anda

Pepatung dan juga larva pepatung adalah haiwan karnivor dan mereka memakan semata-mata ke atas haiwan kecil yang lain. Mangsa utama pepatung adalah nyamuk, lalat, lebah dan invertebrata kecil yang lain. Makanan utama larva pepatung adalah serangga akuatik dan telur mereka. Pepatung ini juga adalah mangsa kepada beberapa pemangsa di seluruh dunia termasuk burung, ikan dan reptilia seperti cicak.

Serangga Mangsa Pemangsa

Pepatung atau Dragonfly juga biasanya menjadi mangsa kepada amfibia seperti kodok, katak dan newts besar. Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran air, telurnya sering di lihat terapung atau timbul di celah-celah tumbuh-tumbuhan. Telur-telur pepatung ini menetas dalam bentuk nymphs.

Nimfa pepatung hidup di bawah permukaan air, menggunakan rahang extendible untuk menangkap invertebrata atau vertebrata seperti berudu dan ikan (bentuk dia seolah-olah kala jengking). Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh bertahan selama lima tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini boleh bertahan antara dua bulan dan tiga tahun. Apabila larva telah bersedia untuk berubah bentuknya menjadi dewasa, ia memanjat ranting atau tumbuh-tumbuhan yang baru tumbuh.

Pendedahan kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit berpecah di tempat yang lemah di belakang kepala dan pepatung dewasa merangkak keluar dari kulit larva lama, pam sehingga sayapnya dan terbang di luar untuk memakan agas dan lalat atau serangga terbang yang lebih kecil.


Habitat Pepatung atau Dragonfly
Pepatung atau Dragonfly mudah di dapati di kawasan lembab atau berpaya / Lokasi Canna Walk Taman Botani Putrajaya

Pepatung atau Dragonfly mahupun Damselfly mempunyai habitat yang sama dan mudah didapati di kawasan lembah, paya atau kawasan tanah yang bertakung air seperti di taman-taman. Cuba perhatikan di sekeliling persekitaran rumah anda. Lagi gambar menarik mengenai Flora [Di Sini..]





10.7.15

Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi

Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi | Permasalahan makhluk perosak bukan hanya menjadi masalah kita sahaja, malahan masalah ini menjadi masalah masyarakat di dunia. Seringkali kita dibangkitkan dengan permasalahan makhluk perosak yang begitu sinonim dengan kehidupan seharian antaranya tikus, lipas, semut, nyamuk dan juga anai-anai. Ikuti ulasan dan info-info menarik yang ingin SB (silenceblogz.com) jelaskan dan apa kaitanya dengan eksperimen yang ingin SB kongsikan ini dengan Serai Wangi ?.

Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi
Makhluk Perosak


Apa Itu Makhluk Perosak ?
Makhluk perosak ialah haiwan atau serangga yang menjejaskan iaitu kepada manusia dan keperihatinan manusia termasuklah tumbuh-tumbuhan. Lazimnya makhluk perosak atau serangga perosak ini berada di sekitar anda termasuklah di luar dan di dalam rumah.


Kenali Makhluk / Serangga Perosak di Sekitar Anda
Sebagai pemegang lesen pengendali dan pemakai racun makhluk perosak (APA) suka SB kongsikan beberapa jenis makhluk perosak yang seringkali menjadi masalah kepada masyarakat rakyat Malaysia (selain anai-anai) adalah seperti ;

  • Lipas
  • Semut
  • Tikus

Jenis-Jenis Lipas
Sepertimana yang kita sedia maklum lipas sememangnya memberi masalah kepada kehidupan manusia sejak dari dahulu lagi. Ianya bukan satu permasalahn yang baru dalam kehidupan seharian, baik di rumah, di kilang-kilang, hotel-hotel dan juga di restoran-restoran.

Beberapa jenis lipas yang wujud di Malaysia yang mana seringkali mendatangkan masalah kepada kita adalah seperti berikut ;

  • Lipas Amerika  (Periplaneta americana)
  • Lipas Oriental (Blatta orientalis)
  • Lipas German (Blatella germanica)
  • Lipas Brown Banded (Supella longipalpis)

Kebiasanya lipas ini populasinya terbahagi kepada 2 jenis sahaja iaitu Lipas Amerika dan Lipas German sahaja. Berdasarkan pengalaman dan kajian yang telah SB lakukan selama beberapa tahun berkecimpung dalam teknik-teknik mengawal serangga makhluk perosak ini Lipas Amerika hidupnya bersama-sama Lipas Oriental.


spesis lipas yang terdapat di Malaysia - Serai wangi Afy haniff
Jenis-jenis Lipas yang mudah ditemui di Malaysia


Lipas Amerika dan Oriental dilihat adalah seakan-akan sama cuma perbezaan ketara ialah Lipas Amerika mempunyai sayap dan Lipas Oriental tidak mempunyai sayap. Kedua-dua lipas ini mempunyai saiz yang hampir sama iaitu sebasar ibu jari anda. Lipas ini kebiasaan mudah di dapati di rumah-rumah. Habitatnya di tempat-tempat yang kotor, basah dan lembab. Tidak hairanlah lipas ini seringkali di temui di dalam longkang, rumah sampah, di dapur-dapur dan di restoran-restoran. Lipas ini aktif pada waktu malam dan berlari ke arah kaki anda atau terbang jika di ganggu.

Lipas German dan Brown Banded saiznya lebih kurang sama akan tetapi Brown Banded mempunyai bahagian ekornya berbentuk bulat manakala Lipas German berbentuk tirus. Perbezaan ketaranya ialah Lipas German mempunyai sayap dan Brown Banded tidak mempunyai sayap. Lipas ini sifatnya agak "high class" dan mudah di temui di hotel-hotel, restoran makanan segera sehingga restoran biasa dan juga di dalam kenderaan. Habitatnya hampir sama dengan Lipas Amerika bezanya lipas ini tidak hidup di longkang-longkang dan tempat agak basah. Lipas ini berbeza sedikit dengan Lipas Amerika dan Oriental, ianya akan berlari menyorok di celah-celah lubang, mesin dan sebagainya jika di ganggu atau terkejut apabila lampu di buka. Juga aktif pada waktu malam dan saiznya kecil sebesar Biji Kuaci (matahari).


JENIS-JENIS TIKUS
Tikus banyak menimbulkan masalah di segenap penjuru dunia dengan sentiasa mengekori ke mana sahaja manusia berada. Populasi tikus seluruh dunia menunjukkan peningkatan yang tinggi lebih-lebih lagi dengan suasana persekitaran yang membolehnya tikus-tikus ini mencari makanan dan membentuk komuniti di kawasan berkenaan, terutamanya di kawan perumahan, industri, restoran dan juga perhotelan.

Tikus merupakan antara musuh manusia yang paling tegar dan menyebabkan berbagai penyakit yang merbahaya termasuklah wabak, kencing tikus (Leptospirosis), keracunan makanan, penyakit alahan tikus dan lain-lain. Tahukah anda sepasang tikus mampu membentuk komunitinya seramai 2000 ekor setahun?.

Jom kenali jenis-jenis tikus yang seringkali masuk kerumah anda mahupun yang sering anda lihat di persekitaran anda. Tiga Jenis tikus yang biasa terdapat di Malaysia adalah

  • Tikus Norway (Rattus Norvegicus)
  • Tikus Bumbung (Rattus Rattus)
  • Tikus Rumah (Mercit / Cencurut)


Tikus Norway
Besar dan cergas, berat dalam linkungan 300g, saiz badan antara 19 ke 22 cm, panjang ekor sekitar 15 ke 22cm. Mempunyai muncung muka yang mendatar telinga yang kecil diliputi sedikit bulu, mempunyai mata yang kecil. Ekornya gelap pada bahagian atas dan cerah di bahagian bawah
Bulunya kasar, berwarna coklat bercampur hitam pada bahagian atas badan dan kelabu atau kuning keputihan pada bahagian bawah badan. Najis berbentuk kapsul sebesar 20mm dan penglihatannya rabun dan buta warna tetapi mempunyai deria bau yang amat baik.


Tikus Norway - serai wangi Afy Haniff
Tikus Norway kelihatan lebih gelap berbanding tikus biasa


Pemakanannya bersifat "omnivorous" atau pelbagai dan lebih kepada bahan berdaging seperti ikan dan lain-lain. Makan dalam lingkungan 28g sehari. Amat berhati-hati dengan objek baru dan penakut. Boleh memanjat tetapi tidak berapa tangkas dan cekap berenang.Tinggal di dalam lubang di dalam tanah. Berkeliaran di sekitar 20m ke 50m dari kawasan sarangnya. Hidup dalam lingkungan 9 ke 12 bulan. Matang sekitar umur 2 ke 3 bulanSekali beranak sekitar 8 ke 12 ekor dan sebanyak 7 kali setahun.

Tikus Bumbung
Licik dan lebih kecil dari Tikus Norway. Berat sekitar 200g, panjang badan sekitar 15 ke 22 cm, dan ekornya lebih panjang dari badan sekitar 18 ke 25 cm. Muncung mukanya lebih runcing atau tajam
Bertelinga besar dan licin. Bermata galak dan besar serta keseluruhan ekornya berwarna gelap Bulunya perang kehitaman, lembut dan kemas. Najis berbentuk panjang kecil dan tajam dihujung dalam saiz 12mm. Rabun dan juga buta warna.

Tikus Bumbung atau Roof Rat - serai wangi afy haniff
Tikus Bumbung atau Roof Rat ekornya lebih gelap berbanding Tikus Norway

Mempunyai deria bau yang amat baik. Pemakanan bersifat omnivorous tetapi lebih kepada bijirin dan buah-buahan. Makan sebanyak 28g sehari. Amat berhati-hati kepada objek baru dan penakut
Amat cergas dan aktif memanjat. Bersarang pada bahagian atas rumah seperti loteng atau bumbung
Boleh berenang tetapi tidak gemar kepada air. Berkeliaran sekitar 30m ke 60m dari kawasan sarang
Jangka hayat sekitar 9 ke 12 bulan, Matang sekitar umur 2 ke 3 bulan dan Beranak dalam lingkungan 6 ke 10 ekor sebanyak 6 kali setahun.

Tikus Rumah (Cencurut)
Berbentuk kecil dan ramping, hanya seberat 15g, manakala saiz badan sekitar 6 ke 9cm, ekornya sepanjang 7 ke 10cm. Bentuk mulut yang muncung atau tajam, mempunyai telinga besar dan mata yang kecil. Ekor kecil yang gelap keseluruhannya dan berwarna coklat cerah atau perang atau hitam.
Najis berbentuk rod dan kecil sepanjang 3 ke 6mm. Rabun dan buta warna, juga punyai deria bau yang amat baik.

Tikus Rumah Berbentuk kecil dan ramping, hanya seberat 15g
Tikus Rumah Berbentuk kecil dan ramping, hanya seberat 15g


Lebih gemar kepada bijirin dan makan sebanyak 3g sahaja sehari. Sumber minuman biasanya diambil dari makanan. Tidak sensitif kepada objek baru dan tidak penakut. Boleh memanjat bersendirian dan bersarang sekitar kawasan makanan. Boleh berenang berkeliaran sekitar 3m ke 6m sekeliling sarang
Jangka hayat antara 9 ke 12 bulan. Matang setelah berumur 1.5 bulan dan beranak  sekitar 5 ke 7 ekor sebanyak 8 kali setahun.

INFO MINDA
Tahukah anda bahawa tikus mengambil masa selama 6 jam sehari (24 jam) untuk membersihkan dirinya? hakikatnya "mereka" tetap pengotor.


JENIS-JENIS SEMUT
Walaupun semut tidak memberi sebarang penyakit, akan tetapi kehadiran semut ini kedalam rumah anda amat menjengkelkan. Semut-semut ini seringkali mendatangkan masalah kepada kehidupan manusia. populasinya 3/4 daripada manusia di muka bumi ini.

Kebanyakan semut hitam atau kebun memasuki rumah Anda untuk mencari makanan dan mereka tertarik dengan makanan-makanan manis. Jom kenali jenis-jenis semut yang seringkali anda lihat tetapi anda tidak tahu apakah jenis atau nama semut berkenaan.

  • Semut Kebun
  • Semut Fir`aun
  • Semut Api 


Semut Kebun
semut pekerja dengan panjang 4-5mm tetapi Ratu semut panjangnya bisa mencapai 15mm. Ratu semut bertelur di musim semi di sarangnya yang terdapat dalam tanah tapi bisa juga di batu bata atau dibawah batu. Semut kebun menyukai makanan manis dan meninggalkan jejak di sarangnya untuk diikuti semut lainnya.

Semut Fir`aun 
panjang semut pekerjanya mencapai 1.5 -2mm dan Ratu mencapai 4 – 6 mm. Semut pekerja dan Ratu berwarna kuning kecoklatan. Semut ini cenderung hidup di bangunan besar dengan pemanas ruangan seperti Hospital, hotel dan blok apartment. Semut ini melakukan diet dengan membusukkan bahan makanan dan membawa bakteria berbahaya yang diambil saat mereka makan.

Semut Api 
Panjang semut pekerjanya mencapai 3mm dan Ratu semut mencapai 6mm. Semut ini berwarna coklat kemerahan dan hidup dalam koloni yang jumlahnya bisa mencapai 100,000 semut. Tiap koloni dipimpin oleh Ratu yang menghasilkan telur antara 150 dan 200 telur per hari. Semut api membuat gundukan yang tingginya boleh mencapai 2 kaki dan gundukan ini biasanya dibuat di tempat terbuka dan terkena sinar matahari. Semut api menyengat binatang dan manusia dan sengatannya sangat menyakitkan.


Kawalan Makluk Perosak
Sepertimana yang kita tahu kebiasaanya untuk menghapuskan atau menghalau serangga makhluk perosak ini kebiasaanya kita menggunakan pelbagai kaedah seperti menyembur "aerosol" yang di beli di pasaran atau menggunakan perkhidmatan Kawalan Serangga Perosakan (Pest Control) bagi yang berkemampuan, kebiasaanya ia memakan kos yang agak tinggi dan semburannya agak tidak sesuai di rumah lebih-lebih lagi jika mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Antara rawatan atau jenis kawalan yang di gunakan adalah seperti berikut;

  • Tikus - Jenis kawalannya adalah pengumpanan (baiting).
  • Lipas - Jenis kawalannya adalah semburan (residual) atau pengumpanan (baiting).
  • Semut - Jenis kawalannya adalah semburan (residual) atau pengumpanan (baiting)
Sungguh pun kaedah-kaedah di atas menggunakan racun (chemical) berkelas 4 yang di benarkan berada di pasaran tetapi sedikt sebanyak memberi kesan kepada kehidupan manusia pada jangka masa yang panjang.

Kenapa bayar lebih jika anda mampu mengawalnya apatah lagi menghapuskannya SENDIRI?

Eksperimen Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi
Beberapa hari lepas SB terima beberapa jenis produk Serai Wangi yang selalu SB dengar di corong radio ERA. Kini tiba masanya SB membuat beberapa eksperimen bagaimana cara mengatasi atau perkataan lebih tepat adalah bagaimana untuk menghalau serangga makhluk perosak ini dengan Serai Wangi.

Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi
Menggunakan Produk Serai Wangi anti lipas keluaran Afy Haniff sebagai Eksperimen


Bagaimana Produk Serai Wangi ini mampu menghalau tikus, lipas dan semut? tunggu kemaskini entri SB yang akan datang.

Kenapa Serai Wangi adalah sesuatu yang sesuai di gunakan untuk menghalau Serangga makhluk perosak ini?? juga tidak ingin SB ulaskan di sini lagi tunggu eksperimen SB selesai dahulu.

Serai Wangi Anti Lipas Afy Haniff
Sebuku Serai Wangi Anti Lipas Afy Haniff diletakkan di tempat seringkali ternampak kelibat Lipas Jenis Amerika

Eksperimen Menghalau Makhluk Perosak Dengan Serai Wangi
Menggunakan Produk Serai Wangi anti Tikus keluaran Afy Haniff sebagai Eksperimen


Serai wangi anti Tikus Afy Haniff diletakkan laluan tikus
Serai wangi anti Tikus Afy Haniff diletakkan laluan tikus

Untuk eksperimen kali ini SB tumpukan kepada 2 masalah utama yang menghantui penghuni rumah SB iaitu Lipas dan Tikus. Antara 2 tempat yang menjadi permasalahan di rumah adalah di kabinet dapur Gas (Lipas Amerika) dan di bilik setor (Tikus rumah). Tunggu lapuran SB di episod akan datang adakah produk Serai Wangi Afy Haniff ini benar-benar berkesan?. Tunggu..!!





9.7.15

Bersatu Dengan Alam Rimba Belum | Sahabat Media CC1M

Bersatu Dengan Alam Rimba BelumSahabat Media CC1M

Terima kasih : Bahagian Promosi Domestik Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Perak, Belum Rainforest Resort, Yayasan EMKAY, ICEM,  MATIC, PDRM,Pusat Pakaian Hari Hari, Kuala Lumpur Gallery, Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd & Volkswagen Malaysia

Bersatu Dengan Alam Rimba Belum | Sahabat Media CC1M
Gambar kredit : http://mmode.com.my
Jika sebelum ini, Sahabat Media Cuti Cuti 1Malaysia (SMCC1M) telah berkampung di Cherating, Pahang, kali ini SMCC1M menyelongkar khazanah Taman Negeri Royal Belum yang menyimpan sejuta rahsia menjadikan ia hutan hujan yang tertua di dunia.

Sahabat Media Cuti Cuti 1Malaysia bertolak seawal jam tujuh pagi dari MaTic untuk ke Belum Rainforest Resort. Tepat jam 11 pagi, rombongan kami singgah di Kellie’s Castle. SMCC1M disambut oleh Pengurus Besar Kellie’s Castle, Encik Zamari bin Muhyi. Destinasi pelancongan warisan ini ternyata membuatkan setiap peserta kagum dengan keindahan senibina istana ini yang turut menjadi simbol kepada satu kisah cinta yang romantis. Sebelum menjamu selera, peserta  SMCC1M sempat diberikan penerangan serba sedikit mengenai sejarah Kellie’s Castle sebelum meneruskan perjalanan  ke Belum Rainforest Resort.


Kellie’s Castle
Salah seorang peserta Sahabat Media CC1M merakamkan gambar kenangan.


Gambar Kumpulan Sahabat Media CC1M di Belum Rainforest
Gambar Kumpulan Sahabat Media CC1M


Bersatu Dengan Alam Rimba Belum
Sahabat Media CC1M - merentasi anak sungai

Pelancongan Eko Belum Rainforest Resort

Segala yang berhubung kait dengan eco,  bagaikan sesuatu yang cukup asing bagi warga tempatan. Namun usaha Tourism Malaysia dan Belum Rainfores Resort yang dinaungi oleh Kumpulam EMKAY  dalam mempromosikan aktiviti berasaskan alam semula jad ini seharusnya dipuji. Apa yang pasti Pelancongan Eko memerlukan lebih usaha tetapi hakikatnya pelancongan eko lebih menarik dan mencabar.


​Daripada 25 juta kehadiran pelancong pada 2012, jelas kurangnya tarikan mereka ini ke arah pelancongan eko. Belum – Temenggor merupakan destinasi paling ideal untuk menarik pelancong ke arah ini. Pelancong boleh memilih sama ada untuk melalui denai hutan untuk berkhemah dalam hutan ataupun memancing. Tepuk dada tanya selera. Pelancongan eko adalah trend baru hari ini. Dunia sekarang, manusia mulai mencari jalan untuk menyelamatkan alam sekitar. Hasilnya terjadilah pelancongan eko yang bermula pada awal tahun 1980-an. Cuma baru-baru ini ia semakin popular di kalangan pengembara.
Bersatu Dengan Alam Rimba Belum | Sahabat Media CC1M
Pemandangan yang indah di Rimba Belum


Pemandangan yang indah di Rimba Belum
Saujana mata memandang


Pemandangan yang indah di Rimba Belum
Pengalaman manaiki boat menuju Rimba Belum

Pelancongan lestari telah dibangunkan dan segala aktiviti pelancongan harus dijaga dalam apa cara sekalipun untuk mengekalkan sumber warisan kita,  kata Tan Sri Datuk Dr Haji Mustapha Kamal yang ditemui di Belum Rainforest Resort.
BelumTemenggor dipercayai telah wujud lebih daripada 130 juta tahun dahulu, menjadikan ia lebih tua dari Hutan Amazon. Di tengah-tengah hutan ini adanya tasik buatan manusia yang meliputi kawasan seluas 15,200 hektar. Belum – Temenggor terbahagi kepada dua bahagian hutan simpan iaitu Belum dan Temenggor. Ia terletak di negeri Perak sehingga ke selatan Thailand. Belum terletak di utara sempadan Malaysia – Thai manakala Temenggor di selatan Belum.

Pelancongan eko sesuai untuk individu yang sukakan alam semulajadi. Ia seperti kembali semula kepada asal dan menghargai apa yang ada di sekeliling kita, kata Chandra Arumugam, yanng merupakan antara 'orang kuat' Green Ranger (Ranger Alam)

Jom Jadi Ranger Alam

SMCC1M berpeluang mengikuti program Green Ranger di Belum Rainforest Resort. Program ini bermula sejak bulan Mei 2013. Untuk menyertai program 3 hari 2 malam ini hanya perlu mengikuti pakej yang bermula pada harga RM400. Terdapat lima buah chalet dan dorm yang boleh memuatkan sehingga 50 orang. Sepanjang kami berada di sini, kami dapat mempelajari pelbagai ilmu baharu yang tidak ada di dalam buku teks.

​Menerusi program ini, layanan mesra yang diterima di Belum Rainforest Resort dan pengalaman menjadi Green Ranger menjadikan peserta-peserta yang terdiri daripada wakil media massa lebih dekat dengan alam semula jadi.

 ​Jika anda ingin melawat Royal Belum dan menyiasat keistimewaan hutan hujan Belum – Temenggor, program Green Ranger menawarkan satu pengalaman serba baru. SMCC1M dibawa melihat habitat hidupan-hidupan liar dan tumbuhan-tumbuhan liar yang belum pernah dilihat sebelum ini. Para pelancong boleh memilih beberapa pakej yang disediakan untuk menyertai ekspedisi ini.

Menjiwai Alam Semulajadi

Peserta ​SMCC1M juga berpeluang melawat taman herba yang terletak berdekatan Belum Rainforet Resort. Kami juga dibawa berjalan di laluan Banding Forest Trail untuk tujuan pembelajaran. Laluan semulajadi ini membenarkan kami merasai sendiri pengalaman dan apa yang akan dirasai apabila memulakan eksplorasi ke Royal Belum.

Pelbagai spesies serangga unik dan burung-burung eksotik berwarna-warni dilihat menjadikan hutan hujan ini sebagai habitat mereka. Semua ini tidak akan dapat dilihat di kota-kota metropolitan. Peserta juga diajar mengenai kepelbagaian jenis-jenis burung dan serangga yang terdapat di sini. Kami dimaklumkan bahawa terdapat spesis burung Enggang yang semakin pupus iaitu Plain-pouched Hornbill boleh ditemui di sini. Spesies ini adalah yang paling sukar dijumpa di antara 10 jenis spesis burung Enggang di Malaysia. Satu lagi burung Enggang yang hanya boleh ditemui di sini adalah Great Hornbill.

Bersatu Dengan Alam Rimba Belum | Sahabat Media CC1M
 menghayati alam semula jadi

​Untuk menghayati alam semula jadi di  sini, kami berpeluang menginap di Banding Base Camp. Jika anda ingin melakukan aktiviti rekreasi air resort ini menyediakan aktiviti kayak sambil mengelilingi pulau-pulau di Belum. Kadar sewanya hanya RM30 untuk sejam. Jika inginkan sedikit kelainan, rakit juga disediakan untuk mereka yang gemarkan cabaran.

Walaupun kami cuma berada di sini untuk tempoh 3 hari 2 malam namun ia ternyata menguji fizikal dan mental peserta. tapi Kenangan terindah begini bukan mudah didapati. Apa yang penting ialah semangat kerjasama dalam kalangan peserta nyata terserlah pada setiap aktiviti yang dijalankan. Rasanya tidak puas menerokai Royal Belum. Apa yang pasti satu hari nanti SMCC1M pasti kembali sebagai seorang Green Ranger.

Sebelum peserta berangkat pulang ke Kuala Lumpur, semua peserta telah diraikan dalam satu majlis penutup dan penyampaian sijil yang telah disempurnakan sendiri oleh Pengerusi Kumpulan EMKAY dan pengasas Green Ranger, Tan Sri Datuk Dr Hj Mustapha Kamal. Kehadiran tokoh korporat terkemuka negara ini jelas menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan beliau  terhadap  kelestarian alam semula jadi negara.